Pada tanggal 22 Februari 2014 lepas, satu program penanaman pokok bakau telah di jalankan di Kampung Sungai Air Tawar di Sabak Bernam, Selangor. Program penanaman pokok bakau ini bertujuan untuk menghalang hakisan tebing Sungai Bernam akibat terhasilnya ombak kecil oleh bot nelayan.
. Program penanaman pokok bakau ini diadakan bersempena program Hari Tanah Lembap Sedunia
2014 yang telah disertai oleh pelajar, badan bukan kerajaan dan penduduk
kampung. Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara penanaman pokok
bakau yang betul bagi mengelakkan anak pokok bakau yang ditanam tidak tumbuh.
Para peserta diberi nombor mengikut lorong yang akan ditanam pokok bakau. Tanah
akan dibuat lubang menggunakan kayu bakau dan anak pokok bakau ditanam dan diikat di sebatang kayu bagi memberi
sokongan tambahan. Setelah selesai aktiviti penanaman pokok bakau, majlis
perasmian Hari Tanah Lembap Sedunia 2014 dijalankan. Pelbagai gerai pameran
yang banyak memberi info mengenai kepentingan pokok bakau dan tanah lembap
kepada ekosistem alam sekitar. Program ini telah memberi pendedahan mengenai
kepentingan biodiversiti kepada generasi muda supaya kelestarian alam sekitar
dapat dijaga oleh generasi akan datang. Sewajarnya program kebajikan sebegini
harus diteruskan dan dapat menarik minat golongan muda supaya mencintai alam
sekitar disamping mampu menghasikan ikatan ukhwah yang baik antara rakan-rakan.
alololololo
ReplyDelete