Tuesday 15 September 2015

SUHAIMINUR: JIRAN OH JIRAN

CIRI CIRI JIRAN YANG BAIK.

       Secara realitinya jiran merupakan insan yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Islam telah menggariskan cara-cara yang positif  dalam usaha mengeratkan hubungan ukhwah sesama jiran. Tetapi apakah ciri-ciri untuk menjadi jiran yang mengikut konsep kejiranan? Rasulullah S.A.W bersabda “jiran yang terbaik disisi Allah ialah mereka yang paling banyak berbuat baik kepada jirannya” hadis riwayat Al-Bukhary dan Muslim. Hadis ini memang mudah difahami dan dihayati. Tetapi adakah kita banyak berbuat baik kepada jiran? Ciri-ciri jiran yang baik dalam diri seseorang mukmim sejati ialah sering mendoakan saudara atau jirannya. Berdoa perkara yang baik  kepada jiran akan diterima Allah S.W.T doanya. Menjadi jiran ialah selalu menampakkan wajah yang ceria. Ini sekaligus meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan hubungan silaturrahim terjalin dengan lebih erat. Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan jiran mereka. Malangnya keadaan kini sudah berbeza. Ini disebabkan oleh keadaan fizikal rumah, kesibukkan bekerja serta perbezaan kaum yang menyempitkan jurang antara seorang jiran dengan jiran yang lain.


 Oleh itu aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong , kenduri perkahwinan, karnival serta aktiviti keagamaan  yang mampu menguatkan institusi  kejiranan harus dilaksanakan supaya mampu melahirkan masyarakat yang penyayang. Selain itu juga, jiran yang baik ialah sentiasa ziarah-menziarahi dan menghulurkan bantuan apabila jiran kita memerlukan. Menziarahi jiran atau sanak saudara merupakan medium yang penting untuk menyatakan kasih sayang kita dan mengeratkan hubungan silaturahim. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ertinya: daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata “wahai Rasulullah, sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya” maka Rasulullah S.A.W bersabda “ sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya” hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi. Hadis ini jelas menunjukkan suruhan  Rasulullah S.A.W untuk memberi pertolongan kepada jiran atau kepada orang miskin. Selain itu juga, ciri-ciri jiran yang baik ialah memiliki sifat-sifat mahmudah seperti, prihatin, saling membantu, bertoleransi, bekerjasama dan menghormati hak sebagai jiran. Seharusnya nilai ini diterapkan dan disemai di dalam diri setiap insan untuk menjadi jiran yang terbaik dan mulia di sisi Allah S.W.T. semoga kita selalu berbuat baik kepada jiran, seterusnya dapat membina dan mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam, dimana setiap amalan dikira sebagai ibadah oleh-Nya.



Rujukan
Majalah Gen-Q isu 8 m/s 24-25 diterbitkan oleh Telaga Biru SDN BHD

300  Hadis Bimbingan dikarang oleh Zahazan Mohamed & Ahmad Hassan Mohd. Nazam m/s 130 & 151 dan diterbitkan oleh Telaga Biru SDN BHD.

No comments:

Post a Comment