Friday 13 November 2015

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD

      




       Ustaz Zahazan Mohammed dilahirkan  di Melaka pada 1974. Beliau telah melanjutkan pelajaran tertingginya ke peringkat PhDdalam bidang Bahasa Arab dari UM pada tahun2001. Beliau berpengalaman dalam memimpin kursus  dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Ustaz Zahazan Mohammed merupakan seorang pensyarah di Universiti tempatan, penerbit buku, penasihat kepada Syarikat Telaga Biru serta pendakwah yang berpengetahuan luas dalam bidang agama Islam.

       Selain itu ustaz Zahazan Mohammed merupakan seorang penulis. Beliau banyak menghasilkan buku-buku ilmiah  seperti 300 Hadis Bimbingan, penulis dalam majalah Gen-Q dan Solusi yang menjadi wadah bacaan kepada remaja dan masyarakat.

       Pengucapan beliau untuk berdakwah kepada masyarakat  dengan penuh nasihat, bersemangat serta buah fikiran yang bernas telah berjaya membawa perubahan kepada masyarakat islam untuk terus mendalami agama Islam.Penonton akan dapat menghayati dakwah beliau dalam program yang dianjurkan mengenai kekuasaan  seta keesaan kepada Allah S.W.T. Kebanyakkan pengucapan beliau sering menekankan soal tauhid kepada Allah, penceritaan kisah para nabi dan Tabein serta mencontohi ahlak Rasulullah S.A.W. Beliau sering memberi ceramah di dalam media massa seperti di dalam television dalam rancangan Tanyalah Ustaz, sebagai penceramah bebas dalam Radio Ikim, di masjid-masjid  serta membuat kem motivasi sebagai cara untuk berdakwah telah mengkagumkan masyarakat.

       Cara pengucapan beliau yang bersahaja, tenang dan penuh dengan ciri cri seorang pendakwah telah membawa penonton untuk menghayati ceramahnya sehingga ke akhir program. Ceramahnya banyak memberi nasihat berguna kepada masyarakat untuk mendalami agama Islam seterusnya menjadi seorang mukmin yang sejati. Pengucapan beliau berlandas Al-Quran  dan Hadis demi menjawab persoalan atau masalah  yang berlaku dalam dunia semasa.  Dari aspek politik pula, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam parti politik dan tidak membenarkan politik dalam masjid  kerana tidak mahu perpecahan dalam masyarakat. 

        Perwatakkan dan sifat beliau yang bersederhana seharusnya menjadi ikutan  masyarakat. Dakwah Islam yang disampaikan melalui pelbagai medium sepatutnya diambil sebagai ilmu, iktibar dan pegangan dalam hidup untuk menjadi mukmin yang terbaik di sisi Allah S.w.T.


BOLEH KLIK LINK INI UNTUK KE BLOG BELIAU   http://telagabiru-tbsb.blogspot.my/2009/05/jawapan-ustaz-zahazan-mengenai.html


No comments:

Post a Comment