SAMBUNGAN DARI KISAH SEORANG PENGEMBARA NOMAD MALAYSIA, ZAHARIZ kHUZAIMAH.....
hidup mengenal tuhan dengan mencari hakikat sebenar kedamain jiwa,
mengembara di bumi tuhan Sang Pencipta Alam,
mengenal erti kepayahan hidup,
demi sebuah keamanan jiwa,
hidup tanpa meneroka duniawi ini bererti tiada pengalaman yang hakikat.
akulah pencinta kedamaian,
mencari kedamaian,
hanyalah kutemui coretan kisah si pengembara,
untuk aku kongsikan sebagai wadah minda...
(boleh klik link ini untuk ke laman Diary of A Traveller:
http://zahariz.com/)
Monday, 28 September 2015
Wednesday, 16 September 2015
MALAYSIAN NOMAD
ZAHARIZ
KHUZAIMAH
Bayangkan kehidupan harian kita
masih seperti zaman dahulu, dengan cara berpindah-randah mencari sumber makanan
dan menjelajah di dalam hutan. Inilah
yang ingin dikupas melalui kehidupan seorang rakyat Malaysia iaitu Zahariz
Khuzaimah yang sanggup mengembara ke serata dunia untuk mencari pengalaman di
bumi asing hanya dengan mengayuh basikal. Hidup sebagai seorang manusia nomad
di zaman moden, memberi seribu satu
pengalaman yang bermakna baginya. Nomad boleh ditakrifkan mengikut Kamus
Dewan yang membawa pengertian kaum yang berpindah randah dari satu tempat ke
tempat yang lain untuk mencari sumber makanan dan sebagainya. Beliau menyimpan
impian untuk menjadi seorang pengembara sejak kecil dan telah merealisasikan
impian apabila dewasa. Pengembaraan beliau bermula pada pertengahan tahun 2010
di Chengdu, China dengan hanya
berbekalkan wang sebanyak RM 6000 dan tanpa sebarang pengalaman. Pengembaraan
beliau disiarkan di stesyen Tv Al-Hijrah melalui rancangan Dengan Basikal Aku
Menjelajah telah memikat ramai penonton dengan sikap kesederhanaan beliau. Seterusnya
perjalanan beliau sebagai seorang nomad diteruskan ke Gurun Taklamakan,
pergunungan Tian Shan di China, Tibet,
Kazakhstan, Kyrgyzstan, Iceland, Scotland,
Sweden dan seterusnya di Norway. Sebelum ini beliau bekerja sebagai seorang
pensyarah animasi di sebuah kolej swasta dan beliau ingin mengubah kehidupan normalnya untuk merasai
kehidupan sebagai seorang nomad moden
Objektif
pengembaraan beliau adalah untuk
meninggalkan kehidupan zon selesa dan lari dari kesibukan harian manusia
normal demi untuk menemui makna sebenar kehidupan yang penuh misteri dan risiko
yang tidak dijangka. Hanya menggunakan basikal dan ditambah beban barangan yang
dibawa hampir 60kg, beliau telah mengayuh lebih 14000 km di China. Permulaan
kayuhan beliau di Chengdu, China banyak memberi pengalaman baru di bumi China.
Masalah tidak dapat memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin tidak
mematahkan semangat beliau. Zahariz Khuzaimah bertemu dengan gadis Cina yang
sanggup menolong beliau mengenal kawasan sekitar Chengdu dan mengajar beliau
asas bahasa Mandarin. Ini menunjukkan sifat ingin tahu yang begitu tinggi dalam
dirinya. Beliau seorang yang mudah mesra dalam pergaulan dengan masyarakat
setempat memudahkan beliau memperoleh kenalan dalam waktu yang singkat.
Kenalannya dari pelbagai bangsa dan agama terjalin melalui pengembaraan beliau.
Melalui pengembaraan beliau, kita dapat melihat cara interaksi dengan
masyarakat dunia yang mepunyai pelbagai etnik dan sosiobudaya yang berbeza.
Sebagai contoh, interaksi beliau dengan masyarakat Tibet yang tinggal di kawasan Pergunungan
Utara-Timur Himalaya dengan menggunakan isyarat tubuh dan isyarat tangan.
Kesungguhan beliau untuk memahami sesuatu perkara seharusnya menjadi inspirasi
kepada rakyat Malaysia.
Aktiviti
harian beliau sepanjang pengembaraan bermula dari waktu pagi yang sunyi. Beliau
gemarkan kawasan pergunungan, tepi tasik atau dataran padang yang tenang dan
lapang untuk dijadikan kawasan khemah sambil melihat keindahan alam. Beliau
menghabiskan masa yang lama pada waktu pagi bersendirian sambil mengambil
gambar dan membuat rakaman video untuk rancangan di TV Al-Hijrah. Pelbagai
gambar akan diambil dan akan dimuat turun dalam blognya. Hasil gambar beliau
yang cantik dan indah membuktikan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta
makhluknya. Kegigihan beliau dalam melakukan perjalanan solo dan semua rakaman
dibuat sendiri membuktikan niat murni untuk berkongsi pengalaman di dunia luar.
Semua perjalanan beliau tidak dirancang dan hanya bergantung kepada diri
sendiri samada untuk meneruskan kayuhan atau berhenti untuk berehat. Memetik
kata-kata beliau “saya tidak menganggap diri saya sebagai pergi bercuti kerana saya tinggal di jalanan adalah
hidup saya”. Pada pengembaraan berikutnya, Zahariz sanggup mengharungi risiko
dengan meneruskan kayuhan di Gurun Taklamakan sejauh 600 KM dengan suhu hampir
mencecah 52˚ darjah celcius. Beliau hampir kehabisan bekalan makanan di Gurun Taklamakan. Benarlah sabda Rasulullah
S.A.W mafhumnya “ tiga doa yang dimakbulkan iaitu doa orang yang dizalimi, doa
orang musafir dan doa orang tua untuk anaknya”. Hadis ini diriwayatkan oleh
Imam Al-Tirmizi. Dengan berkat ketabahan beliau, askar- askar China yang
menaiki trak melalui kawasan tersebut dan telah memberi bantuan air dan buah tembikai
kepadanya. Sesungguhnya cabaran yang dihadapi beliau tidak sedikit pun
mematahkan semangat beliau untuk terus menjadi manusia nomad.
Pada
siri pengembaraan yang lain, beliau mengembara sendirian ke dunia Artik untuk
melihat sendiri fenomena alam iaitu Aurora Borealis. Keindahan ciptaan tuhan
yang terjadi ini memberi kita rasa kagum dan ingin mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T. Pelbagai dugaan yang telah dilalui beliau termasuklah pernah
terjatuh dalam air salji dan tiada seorang manusia pun yang dapat menolongnya.
Tetapi dengan berkat pertolongan Allah, beliau dapat keluar dari kolam air
salji. Seungguhnya pengembaraan yang dipaparkan dalam skrin tv telah memberi
maklumat kepada masyarakat Malaysia bahawa masih ada semangat seorang anak muda Melayu Islam yang
berjiwa kental yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya untuk melihat dunia
ciptaan tuhan. Bagi beliau, hidupnya akan sia-sia tanpa melihat keajaiban
ciptaan tuhan.
Keluar
dari zon selesa secara tidak langsuang kita akan menemui potensi dan kelebihan diri. Maka lahirlah golongan yang mampu
berfikir di luar kotak fikiran. Golongan yang mampu mendepani masa depan,
seterusnya menjadi pemangkin kecermelangan negara. Sebagaimana yang dipaparkan
dalam stesyen Tv Al-Hijrah dalam rancangan Dengan Basikal Aku Menjelajah, kita
dapat mengetahui cara kehidupan masyarakat antarabangsa. Setelah melihat
penjelajahan Zahariz, kita dapat menilai sejauh mana layanan masyarakat luar
kepada pelancong asing. Sebagai contoh
di negara Sweeden, masyarakat di sana sanggup menolong Zahariz untuk tinggal
bersama mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran. Kesemua keperluan asas diberi
percuma walaupun berbeza bangsa dan agama. Dan yang paling menakjubkan,setelah
beliau tinggal di sebuah rumah di sebuah perkampungan, orang kampung disana
juga turut mengajak beliau untuk tinggal bersama. Tetapi malangnya di Malaysia,
masyarakat kurang memberi pertolongan kepada pengembara seperti beliau dan lebih
mementingkan keuntungan dari mengikat persahabatan sesama manusia. Masyrakat di
sana lebih terbuka menerima kehadiran pengembara seperti Zahariz. Sedangkan
dalam agama Islam memberi pertolongan kepada orang lain amat dituntut. Oleh
itu, kita sebagai umat Islam seharusnya
mengambil iktibar dengan menjadikan Islam itu agama yang indah dan dipandang
tinggi oleh agama lain.
Oleh
itu, secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan secara keseluruhannya, manusia
yang mempunyai sikap gigih, berani dan sabar adalah manusia yang berjaya
mengatur perjalanan hidup. Seperti Zahariz, beliau memilih untuk menjadi
manusia nomad di dalam dunia moden yang serba canggih kini kerana impiannya
untuk melihat dunia luar dari perspektif seorang pengembara. Beliau sabar menempuh
pelbagai ujian dan dugaan walaupun ujian yang dilalui diluar batas fizikal dan
pemikirannya. Beliau ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kehidupan
manusia normal kerana beliau cintakan keindahan alam dan kedamaian manusia
sejagat. Perjelajahan beliau yang penuh berliku itu hanyalah untuk mengetahui
kebesaran Pencipta-Nya. Cabaran dan dugaan yang dihadapinya telah memberi
inspirasi kepada generasi muda supaya mencintai kedamaian dan melestarikan alam
ini. Sesungguhnya pengalaman yang dicari beliau amat bernilai dan tidak mampu
diterjemahan dengan kata-kata.
Tuesday, 15 September 2015
MARI BERCERITA
MENGENALI SIFAT SEORANG PENGNUNI SYURGA
Kisah menarik
perlu dihayati tentang bakal penhuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW
kepada sahabat ”sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk”. Mendengar
khabar itu semua mata tertumpu ke pintu masuk
masjid . Dalam fikiran sahabat terbayang watak orang yang luar biasa.
Tiba-tiba
masuklah seorang lelaki yang mukanya basah dengan air wuduk. Penampilan biasa
saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokkan harinya,
peristiwa srupa berulang, demikian pula
hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa yang dimiliki orang itu hingga
Rasullullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan
sahabat , Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk
menginap tiga hari tiga malam, Abdullah memerhatikan, meneliti, bahkan
mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui
tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada
sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah.
Ia pun bertanya , amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW
memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan ,”
apa yang engkau lihat itulah”.
Ketika Abdullah hendak pergi tiba tiba tuan
rumah berkata “ wahai saudaraku , sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan
denki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur,
tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur , dengki, dan rasa
dendam”
SUHAIMINUR: JIRAN OH JIRAN
CIRI CIRI JIRAN YANG BAIK.
Secara realitinya jiran merupakan insan yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Islam telah menggariskan cara-cara yang positif dalam usaha mengeratkan hubungan ukhwah sesama jiran. Tetapi apakah ciri-ciri untuk menjadi jiran yang mengikut konsep kejiranan? Rasulullah S.A.W bersabda “jiran yang terbaik disisi Allah ialah mereka yang paling banyak berbuat baik kepada jirannya” hadis riwayat Al-Bukhary dan Muslim. Hadis ini memang mudah difahami dan dihayati. Tetapi adakah kita banyak berbuat baik kepada jiran? Ciri-ciri jiran yang baik dalam diri seseorang mukmim sejati ialah sering mendoakan saudara atau jirannya. Berdoa perkara yang baik kepada jiran akan diterima Allah S.W.T doanya. Menjadi jiran ialah selalu menampakkan wajah yang ceria. Ini sekaligus meningkatkan rasa kasih sayang sesama insan hubungan silaturrahim terjalin dengan lebih erat. Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan jiran mereka. Malangnya keadaan kini sudah berbeza. Ini disebabkan oleh keadaan fizikal rumah, kesibukkan bekerja serta perbezaan kaum yang menyempitkan jurang antara seorang jiran dengan jiran yang lain.
Oleh itu aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong , kenduri perkahwinan, karnival serta aktiviti keagamaan yang mampu menguatkan institusi kejiranan harus dilaksanakan supaya mampu melahirkan masyarakat yang penyayang. Selain itu juga, jiran yang baik ialah sentiasa ziarah-menziarahi dan menghulurkan bantuan apabila jiran kita memerlukan. Menziarahi jiran atau sanak saudara merupakan medium yang penting untuk menyatakan kasih sayang kita dan mengeratkan hubungan silaturahim. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ertinya: daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata “wahai Rasulullah, sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya” maka Rasulullah S.A.W bersabda “ sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya” hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi. Hadis ini jelas menunjukkan suruhan Rasulullah S.A.W untuk memberi pertolongan kepada jiran atau kepada orang miskin. Selain itu juga, ciri-ciri jiran yang baik ialah memiliki sifat-sifat mahmudah seperti, prihatin, saling membantu, bertoleransi, bekerjasama dan menghormati hak sebagai jiran. Seharusnya nilai ini diterapkan dan disemai di dalam diri setiap insan untuk menjadi jiran yang terbaik dan mulia di sisi Allah S.W.T. semoga kita selalu berbuat baik kepada jiran, seterusnya dapat membina dan mengukuhkan ukhuwah sesama umat Islam, dimana setiap amalan dikira sebagai ibadah oleh-Nya.
Rujukan
Majalah Gen-Q isu 8 m/s 24-25 diterbitkan oleh Telaga Biru SDN BHD
300 Hadis Bimbingan dikarang oleh Zahazan Mohamed & Ahmad Hassan Mohd. Nazam m/s 130 & 151 dan diterbitkan oleh Telaga Biru SDN BHD.
ASSALAMUALAIKUM....STARTING THE BLOG
Assalamualaikum.....
Untuk permulaan penulisan blog ini adalah utuk menyiap tugasan kursus telekomunikasi dan rangkaian yang diajar oleh Dr.Mohd Shafie Bin Rosli. Kursus teknologi rangkaian ini akan mendedahkan pelajar kepada asas-asas telekomunikasi dan rangkaian. Ia akan meliputi asas-asas komunikasi data, kemudahan telekomunikasi dan rangkaian topologi. Pelajar akan diperkenalkan kepada teknologi Internet dan aplikasi seperti perkongsian dan pemindahan data, enjin carian, telefon Internet, Telefon video, persidangan desktop, Papan Buletin Elektronik dan WWW. Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat menunjukkan pemahaman mereka dengan menggunakan aplikasi Internet dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga berupaya untuk membangunkan laman web yang mudah.
Oleh itu setiap pelajar diberi tugasan untuk membuat satu blog serta menulis sebarang tajuk yang bersesuaian sebanyak 20 "post".
Subscribe to:
Posts (Atom)